fb fb fb fb fb

Jadual padat PM di Sabah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di Magellan Sutera pada malam tadi/BERNAMA

KOTA KINABALU, 9 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya di Sabah hari ini dengan jadual padat, melibatkan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu dari pagi hingga malam.

Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada 9 pagi.

Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan MADANI Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 pagi.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada 4 petang.

Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi PRN Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada 9 malam.

Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau esok. -BERNAMA

SITI AISHA MELISA YUHANIZ