fb fb fb fb fb

Malaysia, India perkukuh kerjasama ekonomi digital

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kuala Lumpur dan New Delhi akan memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi digital.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, dengan kerjasama ini mampu memberikan banyak peluang kepada rakyat tempatan mendapat tempat di negara-negara ASEAN.

"Sektor yang paling menarik dan yang paling berpotensi ialah ekonomi digital. Sektor ini bagi saya sangat mustahak.

"Bagi saya sebagai menteri, perkara perlu kita lakukan di Malaysia, melengkapkan jaringan akses bagi tiga peratus terakhir dan menyelesaikan masalah akses quality of service, perkhidmatan bagi 97 peratus kawasan berpenduduk yang lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Sidang kemuncak ASEAN-India ke 19 di ibu negara.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil)

Bertemakan "Strengthening and Moving Forward ASEAN-India Economic Relations for a Strategic Business Partnership" merupakan sebahagian acara daripada Tahun Persahabatan ASEAN-India sempena memperingati ulang tahun lebih tiga dekad antara India dan blok 10 anggota itu.

Selain ekosistem digital, hubungan dua negara yang kini memasuki 65 tahun, perdagangan dan pelaburan turut menjadi tumpuan pada sidang kemuncak tersebut.

Media Baharu