(Foto Hiasan)
KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menyasarkan tanaman padi kepada dua musim setahun di Sarawak.
Ia bertujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran padi, sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah tempatan.
Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) antara insiatif memperkasa usaha berkenaan.
"Pengeluaran padi yang rendah menyumbang kepada pencapaian kadar sara diri SSR beras di Sarawak. Amalan kaedah penanaman secara tradisi, penggunaan varieti benih padi tempatan yang rendah hasil dan kaedah penanaman padi hanya semusim setahun, menyumbang kepda data tersebut.
"Untuk meningkatkan produktiviti, kita ada pengurusan sawah yang cekap, diamalkan di SMART SBB di Batang Lupar dan berjaya meningkatan pendapatan pesawah sehingga 50 peratus," katanya.
(Chan Foong Hin)
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli di Dewan Rakyat.
Menurut Chan, kerajaan juga berhasrat membawa masuk varieti baharu benih padi MR297 yang berupaya meningkatkan pengeluaran padi selain mengelakkan serangga perosak.