(Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana
Menteri (JPM) bagi bulan Mac 2023 di Putrajaya)
PUTRAJAYA, 6 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan kepantasan penjawat awam dan agensi terlibat dalam menangani bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutamanya di Johor baru-baru ini.
Beliau meminta agar usaha dan momentum terbaik itu dapat diteruskan di masa akan datang.
Jelasnya jentera kerajaan persekutuan dan negeri telah bersiap sedia sepenuhnya sebelum bencana berlaku.
"Saya bersyukur kepada Allah, kerana tidak payah tunggu arahanbila banjir sahaja kepantasan jentera bertindak. Pembinaan jambatan Bailey itu sebelum disegerakan dalam proses menyiapkan, dua hari siap.
"Ini maknanya ada kesedaran semua peringkat khususnya penjawat awam melaksanakan tugas dengan ikhlas dan pantas.
"Jangkaan.banjir ini melanda Sarawak dalam masa singkat kita doa dapat dihindari mala petaka lebih besar ,saya mahu tindakan sama atau lebih baik seperti mana dilakukan dseperti yang saya saksi sendiri di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Mac 2023 di Putrajaya.
(Datuk Seri Anwar bersalam dengan penjawat awam pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama
Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Mac 2023 di Putrajaya)
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor menerusi kenyataan memaklumkan seramai 14,125 keluarga ditempatkan di 269 PPS di kesemua 10 daerah di negeri itu.
Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 20,767 mangsa daripada 5,809 keluarga; diikuti Segamat dengan 11,023 orang (3,253 keluarga); Kluang 4,770 mangsa (1,376 keluarga); Muar 4,625 mangsa (1,358 keluarga); dan Kota Tinggi dengan 3,160 orang (837 keluarga).