KUALA LUMPUR, 6 Mac- Capaian internet telah mencecah 97% untuk kawasan penduduk, namun kualiti perkhidmatan internet masih belum memuaskan.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, kementeriannya melalui SKMM membuka kaunter aduan selama dua hari bermula hari ini, di Bangunan Parlimen.
"Semua Ahli Parlimen boleh ambil peluang untuk laporkan masalah internet dan rakyat boleh buat aduan terus kepada Ahli Parlimen masing-masing.
(FOTO FB Fahmi.Fadzil.1)
"Insha-Allah, kualiti perkhidmatan internet yang baik di seluruh Malaysia akan menjadi teras utama KKD penggal ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.