fb fb fb fb fb

Lebih 53,000 penduduk terjejas banjir masih berada di PPS

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka sedikit berkurangan dengan 53,040 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 11.00 pagi berbanding hampir 55,000 orang, semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan 14,125 keluarga ditempatkan di 269 PPS di kesemua 10 daerah, dengan Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas.

Di Pahang, aplikasi InfoBencana JKM melaporkan seramai 3,029 penduduk terkesan masih berada di 21 PPS.

(Foto fail)

Manakala di Melaka, 601 penduduk terjejas daripada 148 keluarga masih berlindung di enam PPS.

Media Baharu