KUALA LUMPUR, 9 November - Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis dan Miri).
Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).