fb fb fb fb fb

Beberapa RnR akan dibina di Lebuhraya LTU

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Beberapa Hentian Rehat dan Rawat (RnR) akan dibina di sepanjang laluan Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang kini masih dalam proses untuk disiapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, antara lokasi yang dipilih termasuk kawasan Bentong dan Lipis di Pahang dan Gua Musang di Kelantan.

"Saya berpendapat antara tiga ke empat Pusat Rehat dan Rawat sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama itu sudah pasti akan digunakan oleh masyarakat pantai timur.

"Antaranya di kawasan-kawasan yang saya nyatakan tadi dan juga diserahkan kepada pihak PBT untuk penyelenggaraan dan juga untuk menentukan segala kemudahan yang kita laksanakan sepanjang kawasan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama itu," katanya.


(Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad)

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Projek lebuhraya bebas tol itu bakal menghubungkan Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

Media Baharu