fb fb fb fb fb

Malaysia dijangka tidak alami kegawatan ekonomi tahun ini

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Malaysia dijangka tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jangkaan ini berdasarkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka berkembang sekitar 4.5% pada tahun ini.

Malah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia turut mengunjurkan kadar pertumbuhan eknomi Malaysia pada tahun 2023 pada kadar 4.4% dan 4%.

Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global yang diunjurkan dengan lebih perlahan pada tahun ini.

"Hal ini berdasarkan takrifan kegawatan atau kemelesatan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut turut.

"Kerajaan akan terus mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang sakmasa untuk rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara proses pelaburan.

(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)

"Mewujudkan lebih banyak syarikat formula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Media Baharu