fb fb fb fb fb

Agong berkenan berangkat ke Majlis MoU, perkasa pemantauan guna tanah

CAMERON HIGHLANDS, 6 Mac- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dan Aerodyne Group, pagi tadi.

Ia bersempena dengan lawatan khas baginda ke Cameron Highlands sejak Sabtu lepas.

MoU bersama MYSA merupakan inisiatif pemerkasaan pemantauan guna tanah di Cameron Highlands melalui teknologi satelit serta perkongsian data.

Manakala kerjasama bersama NAHRIM adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sedimen melalui penggunaan NAHRIM Environmental Dredging System dalam usaha memelihara sumber air, di sini.

(Foto fail)

Sementara itu MoU bersama Aerodyne pula merupakan usaha tambah baik kaedah pemantauan terhadap pematuhan dalam pelaksanaan projek di Cameron Highlands dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi dron.

Kerjasama merangkumi ruang angkasa, tanah dan air diyakini mampu menambah baik kualiti tadbir urus di daerah tersebut.

Media Baharu