fb fb fb fb fb

Sesi persekolahan 2023/2024 kekal 19 Mac

SEGAMAT, 6 Mac- Sesi persekolahan 2023/2024 tetap diteruskan mengikut jadual iaitu pada 19 Mac berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Dalam masa sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan kerja-kerja membaik pulih sekolah terjejas banjir dilaksana segera.

Dana bagi kerja baik pulih juga akan disalurkan segera sebelum sesi persekolahan bermula.
 
Jelas beliau, murid yang kehilangan kelengkapan sekolah akan diberi kelonggaran dari segi pakaian semasa hadir ke sekolah.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

Manakala guru yang kediamannya terjejas banjir pula akan diberi kelonggaran memohon cuti bagi membersihkan kediaman.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Seri Bali di Chaah, di sini.

Media Baharu