fb fb fb fb fb

PM tinjau Jalan Gaya KK, beramah mesra dengan pengunjung

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Mayor DBKK Datuk Seri Dr Sabin Samitah (kiri) beramah mesra dengan pengunjung ketika mengadakan tinjauan mesra di Tamu Minggu Jalan Gaya Kota Kinabalu/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 9 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan tinjauan mesra di Jalan Gaya, Kota Kinabalu kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Tinjauan santai bermula di reruai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), menyusuri kawasan Jalan Gaya yang menjadi tumpuan ramai pengunjung pada hujung minggu.

Sepanjang tinjauan tersebut, Perdana Menteri mengambil peluang beramah mesra bersama peniaga serta pengunjung, selain menyantuni mereka yang berada di sepanjang laluan utama Jalan Gaya.

Tinjauan ini memberi ruang kepada Perdana Menteri mendengar secara langsung suara dan pandangan masyarakat setempat mengenai pembangunan bandar dan ekonomi komuniti, khususnya sektor perniagaan kecil yang menjadi denyut nadi kawasan tersebut.

Sejurus selesai, Perdana Menteri beredar menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu bagi menghadiri program “Rancakkan MADANI Sabah”.

Lebih 17,000 pengunjung menyaksikan kehadiran Perdana Menteri di Kota Kinabalu.

ROSLINA BINTI DIN