IPOH, 11 Mac- Sebagai negara yang mempunyai limpahan air dan hujan yang banyak setiap tahun, negara tidak sepatutnya berdepan situasi sukar ketika musim kemarau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sumber air perlu diurus dengan sistematik untuk mendepani musim tersebut.
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim diarahkan mencari langkah terbaik bagi mengatasi sebarang masalah ketika musim kemarau.
Langkah itu termasuk mengkaji kaedah sesuai seperti yang digunakan di negara lain.
(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)
"Tak guna kepintaran, tak guna kebijaksanaan dan sumbangan yang Allah berikan itu dimanfaatkan dengan perancangan yang baik. Jadi dengar baik-baik saudara Nazmi tahun depan tidak mahu dengar masalah kemarau tiada air", katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia Ipoh.
Dalam pada itu, bagi memastikan aspek pengurusan air dapat dikawal selia dengan baik, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu lebih erat.
Kaedah pengurusan lama juga wajar ditambah baik dengan penggunaan teknologi lebih moden.
"Bagaiman satu negeri dan negara air melimpah, tetapi ada beberapa tempat tiada air. Allah telah bagi kemudahan ini, tetapi tidak diurus dengan baik.
"Kerjasama sinergi kerajaan negeri dan persekutuan lebih kuat dan erat.Pemantauan kuasa perlu dimantapkan di persekutuan dan negeri hanya punya kuasa air", katanya.