fb fb fb fb fb

30 peratus MyKid siap belum dituntut

CHERAS, 11 Mac- Hampir 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) yang telah siap di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) masih belum dituntut oleh ibu bapa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya ia tidak dituntut sebelum tempoh tertentu, kad tersebut terpaksa dilupuskan dan bakal mendatangkan kerugian.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Mohon juga dimaklumkan, saya menasihati ibu bapa.. yang telah siap, yang telah memohon supaya segera kerana ada tempoh tertentu. Kalau setelah tempoh itu lepas, Mykid itu terpaksa dilupuskan.

"Jadi itu satu kerugian, 30 peratus merupakan satu jumlah yang besar", katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.

Mengulas mengenai ketidakcukupan bekalan kad pengenalan, pihaknya telah membuat arahan khusus agar langkah segera dapat diambil termasuk meminta syarikat berkaitan pembekalan mematuhi prasyarat yang dipersetujui dan ditentukan ketika proses perolehan.

Media Baharu