(Foto hiasan)
BUKIT MERTAJAM, 11 Mac- Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan 18 inisiatif kewangan bagi membantu murid yang terjejas banjir menjelang sesi pembukaan sekolah akan datang.
Ia turut melibatkan keperluan pendidikan dan kebajikan murid dengan mengambil kira bentuk bantuan bersesuaian untuk mereka terlibat.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata antara isu yang diberi tumpuan membabitkan buku sekolah, pakaian seragam serta keperluan makanan dan minuman.
(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melihat bantuan yang bersesuaian selepas permohonan dikemukakan pihak terlibat kepada sekolah.
""Contohnya, keadaan yang berlaku di Johor… kita ada 18 inisiatif kewangan yang boleh kita dahulukan untuk bantu mereka (pelajar), yang paling penting mereka dapat teruskan pembelajaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Back to School Foccan' 2023 di sini.
Tambahya, pelajar terjejas banjir juga tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah.
Dalam majlis tersebut, kira-kira 100 kanak-kanak pesakit kanser menerima sumbangan sempena pembukaan sekolah akan datang.