fb fb fb fb fb

Unit khas ditubuh pantau pengeluaran barangan terkawal

 (Karnival Lelongan Jualan Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV mendapat sambutan mengalakkan)

KOTA BHARU, 24 Julai- Sebuah unit pemantau akan ditubuhkan bagi mengawasi jumlah pengeluaran barangan terkawal dan bersubsidi selain mengawal pengedaran barangan berkenaan dalam usaha memastikan bekalan mencukupi dan sampai kepada pengguna.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persetujuan dicapai selepas pihaknya mendengar pembentangan yang dibuat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Jawatankuasa khas juga bersetuju menggunakan rangkaian koperasi untuk membungkus, mengeluar dan mengedar enam barangan bersubsidi termasuk gula, ayam dan minyak masak.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Terpulang kepada SKM untuk menentukan koperasi yang akan melaksanakannya.

(Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media selepas melancarkan Karnival Lelongan Jualan
Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV
)

"Ini sedang kita perincikan termasuk kita bersetuju untuk memberikan AP Import dan juga lesen bagi membungkus. Misalnya produk sebelum ini dikawal macam gula misalnya, kalau dulu satu dua syarikat sahaja yang dibenarkan membungkus untuk pengedaran runcit.

"Jadi sekarang ini koperasi juga dapat membungkus dan mengedar barang kawalan seperti gula selain membawa masuk gula dengan kaedah yang boleh dimodifikasi," kata Annuar selepas melancarkan Karnival Lelongan Jualan Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Media Baharu