fb fb fb fb fb

PJKM akan diperluas ke 639 lokasi di seluruh negara secara mingguan

KOTA BHARU, 24 Julai- Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan diperluas ke 639 lokasi di seluruh negara secara mingguan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia akan dilaksana mulai pertengahan Ogos depan dengan menawarkan diskaun harga antara 20 hingga 30 peratus bergantung kepada jenis barangan.

“Mulai pertengahan bulan Ogos, 639 kedai sedang dalam proses pemilihan untuk membuat barangan diskaun secara mingguan di seluruh Malaysia," katanya selepas meninjau Program Lelongan Jualan Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kelantan di sini.

(Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi)

Tambah beliau, PJKM membabitkan 639 lokasi itu kelak akan berlangsung selama 18 minggu dengan logo, tema dan format yang sama.

Ia akan dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan empat kementerian lain termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLB) dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Peruntukan sebanyak RM125,000 akan diberi kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat untuk program berkenaan.

Media Baharu