BANDARAYA MELAKA, 8 Ogos - Pengenalan garis panduan Rekomendasi Vaksin Mencegah Penyakit bagi Warga Emas, bantu pihak hospital menangani masalah penyakit dalam kalangan warga emas.
Wakil Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia (MSGM) Dr Kejal Hasmukharay berkata, menjelang 2044, Malaysia akan menjadi negara tua, dengan 7 peratus daripada populasi adalah warga emas.
"Menerusi pelancaran dokumen rekomendasi itu, beliau berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan program imunisasi kebangsaan dengan memberi fokus kepada golongan dewasa dan warga emas," katanya.
Dokumen tersebut juga merupakan Langkah kesedaran yang dilaksanakan MSGM berkenaan vaksin untuk warga emas.
"Jadi, di MSGM kami putuskan untuk menyediakan satu dokumen yang menerangkan, bagi setiap penyakit yang boleh menjejaskan warga emas, bila anda perlu membincangkan vaksinasi dan jenis vaksin yang sesuai.
"Semuanya berdasarkan vaksin yang tersedia di negara kita. Dokumen itu ditulis dalam istilah yang ringkas dan mudah difahami. Memang ia disediakan untuk profesional kesihatan, tetapi orang awam juga boleh mengakses dan membacanya. Di beberapa halaman akhir, kami juga sertakan poster yang membolehkan warga emas buka dan lihat," katanya pada Kongres Perubatan Geriatrik Kebangsaan (MCGM) di sebuah hotel di Bandaraya Melaka.