fb fb fb fb fb

Pasport diperbaharui dalam talian perlu dituntut segera, permohonan terbatal dalam tempoh 90 hari

BATU KURAU, 24 Julai- Rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport secara dalam talian diminta segera menuntutnya di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhampiran.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 90 hari, permohonan memperbaharui dokumen rasmi tersebut akan terbatal secara automatik.

Jelas beliau sehingga kini masih terdapat kira-kira 2,600 pasport yang telah diperbaharui namun masih belum dituntut.

"Apabila dah buat pasport, itu merupakan tanggungjawab kepada individu tersebut untuk mengambilnya.

Kadang-kadang ada masalah tertentu menyebabkan mereka tidak datang ambil," katanya pada Program Kita Demi Negara (KDN) Zon Utara di Dewan Astaka, di sini.

(Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri)

Program yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung itu akan meneruskan jelajahnya ke Johor.

Media Baharu