fb fb fb fb fb

Harga barangan murah, pengguna harap PJKM diteruskan pada masa akan datang

SEMENYIH, 24 Julai- Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) terus mendapat sambutan.

Tawaran harga rendah sehingga 50 peratus ternyata memberi kelegaan kepada pengguna mendapatkan keperluan barang asas pada harga lebih murah.

Menurut Pengurus Pasar Raya Besar CLC, Chong Tien Lee, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menangani impak kenaikan harga barang kepada pengguna.

"Kita akan pastikan harga turun, ramai pelanggan yang puas hati, ayam pun kita jual murah dan dari segi bekalan tiada masalah," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna yang ditemui menyifatkan inisiatif berkenaan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban rakyat yang berhadapan peningkatan kos sara hidup.

"Nampaklah ada penurunan harga, sayur, ikan dan ayam pun harga turun, Alhamdulillah," kata Muhammad Azli.

(Muhammad Azli, Pengguna)

Sementara itu seorang lagi pengguna, Murugan Thuan berkata penganjuran program seumpamanya diharap diteruskan pada masa akan datang.

"Program ini bagus dan merupakan cadangan yang baik sebab ada kawalan harga untuk masyarakat," katanya.

PJKM yang dilancarkan sejak Disember lalu merupakan intervensi jangka pendek kerajaan menangani impak inflasi yang melanda dunia ketika ini.

Program itu juga telah dilanjutkan sehingga penghujung bulan ini.

Media Baharu