fb fb fb fb fb

Seorang maut, van terbabas akibat tayar pecah

BAGAN SERAI, 24 Julai- Seorang maut selepas van dinaiki terbabas akibat tayar pecah di kilometer 178.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, petang tadi.

Insiden tersebut turut mengakibatkan sembilan lagi penumpang cedera.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.22 petang sebelum bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba terdapat sebuah van telah terbabas akibat tayar pecah melibatkan 10 mangsa," katanya.

(Pihak berkuasa mengangkat mayat mangsa yang maut dalam nahas)

Rawatan awal diberi kepada mangsa cedera sebelum dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis.

Media Baharu