fb fb fb fb fb

Empat dimensi utama pastikan sekuriti makanan berterusan

(FOTO FB Dr Ronald Kiandee)

KOTA KINABALU, 24 Julai- Empat dimensi utama dijadikan ukuran dalam memastikan sekuriti makanan negara mampu bertahan untuk tempoh yang panjang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata dimensi itu ialah ketersediaan, akses, keselamatan makanan dan nutrisi, sumber semula jadi serta kemampanan.

"Usaha menangani sekuriti makanan merupakan usaha berterusan dan harus ada kemampuan mengeluarkan keperluan makanan di negara kita.

"Negara cuma mengimport barang-barang yang tidak dikeluarkan, oleh itu pelbagai usaha dijalankan oleh kementerian dan agensi untuk meningkatkan tahap sara diri pengeluaran produk makanan di negara kita," kata Dr Ronald selepas merasmikan program Street Attack Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 zon Sabah di Tamu Jalan Gaya.

(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di temu bual selepas merasmikan program Street Attack
Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 zon Sabah)

Tambahnya antara usaha berterusan yang dilaksanakan kementerian ketika ini ialah mengurangkan kebergantungan pada beras import bagi menampung 30% keperluan domestik.

Menurut beliau, bekalan makanan di negara ini stabil dan pelbagai usaha turut dijalankan melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0 bagi memastikan ketersediaan makanan untuk rakyat.

Media Baharu