fb fb fb fb fb

Unit K9 tidak akan dimansuhkan-Akmal

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 2 Mac-Unit Anjing pengesan (K9) tidak akan dimansuhkan walaupun selepas usia haiwan tersebut mencapai 10 tahun.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pihaknya juga akan terus menguruskan kebajikan anjing-anjing terbabit dari segi tempat tinggal, makanan, pemeriksaan kesihatan dan pemberian supplemen tambahan selepas ditamatkan daripada perkhidmatan.

Namun, anjing-anjing pengesan ini hanya akan dilupuskan sekiranya didapati menghidap penyakit kronik atau uzur dan mendapat pandangan serta nasihat daripada pihak veterinar.

"Pihak Kementerian ingin menegaskan bahawa tahap kesihatan anjing ini sentiasa dipantau dan pemeriksaan kesihatan tahunan akan
dilaksanakan bagi mematuhi perkara 4.4.3 Perintah Tetap Ketua Pengarah JBPM Bilangan 2 Tahun 2021 – Pentadbiran dan Pengoperasian Unit K9 JBPM. Anjing ini akan menjalani pemeriksaan kesihatan, rawatan gigi (scalling) dan diberi suntikan vaksin yang dicadangkan oleh doktor veterinar setiap tahun.

Setelah usia anjing melebihi sepuluh (10) tahun, anjing tersebut akan menjalani proses imbasan x-ray, pemeriksaan pinggang/pinggul, jantung dan lain-lain meliputi pemeriksaan darah (sel darah) dan keadaan buah pinggang", ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.


(Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah
Mohd Nasir/Foto RTM)

Media Baharu