fb fb fb fb fb

ASEAN perlu tegas terhadap elemen jejas keharmonian serantau - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘30 Tahun
Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat Asean di Universiti Filipina/ Foto PMO)  

MANILA, 2 Mac - Negara anggota ASEAN perlu bersikap tegas apabila wujudnya elemen-elemen yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan serantau.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun ASEAN mengamalkan dasar berkecuali tetapi masih mempunyai piagam yang tersendiri.

"Hari ini, membuat keputusan melalui konsensus terus menjadi prinsip utama ASEAN. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa ASEAN harus berdiam diri mengenai perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini atau khususnya pelanggaran terhadap Piagam ASEAN oleh anggotanya sendiri, Secara jujurnya, saya percaya bahawa tidak campur tangan bukanlah satu lesen untuk sikap tidak ambil peduli," kata beliau ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk '30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN' di Universiti Filipina, di sini hari ini.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘30 Tahun
Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat Asean di Universiti Filipina/ Foto PMO)  

Tambah Perdana Menteri, Myanmar perlu bertanggungjawab disebabkan pencabulan hak asasi manusia dan ia telah juga telah mencabuli Piagam ASEAN iaitu kepentingan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Pada masa sama, Anwar juga mahu negara-negara ASEAN supaya membuat keputusan tanpa campur tangan kuasa luar dalam mencerminkan pendirian secara komprehensif.

Media Baharu