fb fb fb fb fb

PM terima anugerah Ijazah Kehormat Universiti Filipina

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran jurusan Undang-undang,
Honoris Causa di Universiti Filipina/ Foto PMO)

MANILA, 2 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran jurusan Undang-undang, Honoris Causa, di Universiti Filipina, sebagai menghargai kepimpinan dan kredibiliti beliau.

Ia juga merupakan ijazah kehormat yang pertama diterima oleh Anwar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Ijazah kehormat tersebut disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina, J. Prospero E. De Vera III serta PresidenĀ dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UPĀ Angelo A. Jimenez.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran jurusan Undang-undang,
Honoris Causa di Universiti Filipina/ Foto PMO)

Perdana Menteri juga menyampaikan syarahan umum yang bertajuk '30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN' di universiti berkenaan, di hadapan lebih 2,000 mahasiswa, delegasi luar negara dan ahli akademik.

Sebelum beliau ke Universiti Filipina, Anwar tiba di Tugu Peringatan Jose Rizal di Rizal Park pada pukul 8:45 pagi bagi upacara meletakkan kalungan bunga.

Beliau disambut Datuk Bandar Manila, Honey Lacuna-Pangan dan Ketua Staf Tentera Laut Filipina, Laksamana Muda Jose M-A Ambrosio Q Ezpeleta.

Media Baharu