(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 2 Mac- Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
METMalaysia dalam kenyataan pada pukul 11.55 pagi tadi memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga tarikh yang sama di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
Terengganu melibatkan daerah Kemaman; Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); manakala Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).
Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).
Amaran Hujan lebat (Peringkat Jingga) untuk Pahang (Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) kini ditamatkan.
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
(INFOGRAFIK METMalaysia)