fb fb fb fb fb

UniMAP jalin kerjasama bidang Telekomunikasi dan Aeroangkasa

(FOTO RTM)

LANGKAWI, 26 Mei-Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai surat penyataan hasrat (Loi) dengan dua syarikat telekomunikasi dan aeroangkasa terkemuka sebagai perancangan masa hadapannya ke arah menjadi sebuah universiti terkemuka dalam dan luar negara khusus dalam bidang kejuruteraan.

Dua syarikat berkenaan ialah Global Turbine Asia Sdn Bhd dan Destini Sdn Bhd.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli, Kepakaran dimiliki kedua-dua syarikat ini mampu dimanfaat sepenuhnya oleh UniMAP dalam meneroka bidang baharu, berkongsi kepakaran, menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar, pemindahan teknologi serta mewujudkan kerjasama dalam bidang penyelidikan.

"Kita mempunyai Centre of Excellence dalam bidang dron dan kita telah menandatangani dengan konsortium 8 buah universiti bersama-sama Turkiye Aerospace sebelum ini.

"Peluang ini amat besar dan insyaallah melalui LIMA ini juga kita akan kembangkan juga dalam bidang maritim dengan kerjasama industri-industri yang menyertai pameran ini.

"LIMA kali ini memberi peluang yang luas kepada pihak UniMAP untuk mengadakan kerjasama dengan industri-industri", katanya pada Majlis Serahan Surat Penyataan Hasrat antara UniMAP dengan Global Turbine Asia Sdn Bhd dan Destini Sdn Bhd di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Majlis tersebut turut disaksikan Pemangku Raja Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen merangkap Pro Canselor UniMAP.


(FOTO RTM)

Media Baharu