fb fb fb fb fb

18,000 hadiri Majlis Ilmu Madani

(Majlis Ilmu Madani)

PUTRAJAYA, 26 Mei- Majlis Ilmu Madani yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya malam ini diimarahkan lebih 18,000 jemaah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir untuk bersama-sama mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor itu.

"Inilah maksud Negara Madani, kembali kepada asas menjadikan masjid sebagai pangkalan ilmu dan letakkan semua dasar pendidikan, ekonomi dengan sebenar ihsan rahmah dan amanah.

"Bagi rakan-rakan bukan Islam, semangat, nilai yang dipupuk dan akhlak yang ditekankan serta ihsan dan rahmah itu akan jadikan Malaysia ini negara yang berpaut kepada Islam,"katanya.

Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Ilmu Madani di Putrajaya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan masjid sekitar pukul 7.20 malam dan disambut oleh dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir, Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

Beliau menunaikan solat Maghrib bersama para jemaah dan seusai solat, turut diadakan bacaan maulid.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian tausiyah oleh Syeikh Dr Ali Juma'ah dan Habib Umar.

Usai penyampaian tausiyah, Datuk Seri Anwar bersalaman dengan para jemaah yang hadir sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 9.30 malam.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu