fb fb fb fb fb

Masyarakat perlu berhati-hati buat pelaburan

(Foto hiasan)

GEORGE TOWN, 27 Mei- Masyarakat perlu berhati-hati sebelum membuat pelaburan agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, sesuatu pelaburan boleh diragui jika menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.


(Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin)

"Tahun 2020 hingga 2022, memang peningkatannya ketara, jadi yang pertamanya, mereka tidak seharusnya terpedaya dengan janji-janji pelaburan. Jadi perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah semak, peka dengan senarai, panggilan telefon, dapatkan nasihat, telefon, dapatkan nasihat sama ada ini benar", katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan InvestSmart Penang 2023 di George Town.

Program tersebut bertujuan mendidik komuniti pelabur agar tidak tertipu dengan kegiatan penipuan pelaburan.

Media Baharu