fb fb fb fb fb

UNIFOR agih RM29 juta kepada 42 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas

KUCHING,12 Jun- Sejumlah RM29.17 juta diagihkan kepada rumah-rumah ibadat menerusi geran fasa 2 Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain, UNIFOR Jabatan Premier Sarawak hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada peruntukan pembangunan fizikal rumah ibadat bagi agama lain yang dinaikan daripada RM80 juta pada 2023 kepada RM90 juta tahun ini oleh Premier Sarawak.

Menurut Timbalan Premier, Datuk Douglas Uggah Embas, RM14.335 juta daripada RM90 juta atau 16 peratus peruntukan tahun ini telah diagihkan bawah Fasa 1 yang memanfaatkan 32 buah rumah ibadat pelbagai agama dan denominasi.

Manakala RM40.87 juta atau 45 peratus telah diluluskan bawah Fasa 2 tahun ini yang memberi manfaat kepada 91 rumah ibadat di seluruh Sarawak.

Katanya, untuk penyerahan hari ini adalah untuk 42 Ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri, ADUN menerusi lapan 86 keping cek berjumlah RM29.17 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek keagamaan di kawasan masing-masing.

Manakala katanya permohonan untuk baki RM34.795 juta atau 39 peratus daripada peruntukan tahun ini sedang dimuktamadkan dan bantuan akan diagihkan tidak lama lagi.

Pemberian geran UNIFOR itu katanya menunjukkan Kerajaan Sarawak bawah pimpinan Premier Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg sentiasa mengekalkan dasar keterangkuman selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, PCDS 2030.

Ditemui media selepas majlis penyerahan di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, Datuk Douglas berharap jawatankuasa projek rumah ibadat hendaklah memastikan peruntukan yang diluluskan digunakan dengan bijak selain dipantau oleh wakil rakyat kawasan masing-masing.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE