fb fb fb fb fb

KIMIA Malaysia sudah terima sampel darah kanak-kanak dua tahun maut keracunan makanan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Bahagian toksikologi, Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) sudah menerima satu sample darah mangsa berusia dua tahun yang mati akibat keracunan makanan, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sample darah itu telah diserahkan oleh pegawai penyiasat PDRM hari ini.

Ahli kimia juga menjalankan analisis ke atas sample darah yang diterima.

Keputusan analisis akan disiapkan dengan kadar segera dan akan dimaklumkan kepada pegawai penyiasat PDRM.

KIMIA Malaysia akan terus komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa di dahului dengan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.

Terdahulu mangsa yang berusia dua tahun itu telah memakan makanan yang dibawa balik oleh bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah tempatnya bertugas .

Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE