(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Pegawai serta anggota polis yang terlibat dengan pengundian awal Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 esok disaran melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata mengundi merupakan hak yang diamanahkan kepada PDRM, untuk ditunaikan.
Beliau pada masa sama, turut mengingatkan pegawai dan anggota yang terlibat dengan penugasan dalam tempoh kempen dan hari mengundi Sabtu ini agar melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan berhemah.
“Ini merupakan satu manifestasi kepada rakyat bahawa PDRM mendukung proses demokrasi dalam mengundi. Oleh itu, sila laksanakan akauntabiliti mengundi semua warga PDRM yang terlibat,” katanya ketika berucap di Majlis Amanat Ketua Polis Negara bersempena PRU DUN ke-15 di Bukit Aman di sini hari ini.
“Warga PDRM diminta mengekalkan tahap profesional yang tinggi dan kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi,” tambahnya.
(PDRM diminta mengekalkan tahap profesional yang tinggi dan kawal emosi ketika berhadapan
dengan sebarang bentuk provokasi)