MIRI, 10 Mei- Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tersangkut di celah batu di kawasan pantai Jalan Marina, berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Miri, semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan menerima maklumat mengenai penemuan tersebut daripada orang awam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, kes kini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Miri di talian 085-433400 atau Ketua Polis Balai Miri, Inspektor Nixon Malang di talian 016-8865949.