KUALA LUMPUR, 10 Mei-Monsun Barat Daya dijangka bermula pada hari ini dan akan berterusan sehingga September 2025.
Dalam tempoh ini, kebanyakan kawasan akan mengalami taburan hujan yang rendah.
Keadaan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya fenomena jerebu, khususnya jika pembakaran terbuka tidak dikawal.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan sentiasa mengamalkan penggunaan air secara berhemah.
Langkah pencegahan awal ini penting bukan sahaja untuk menjaga kesihatan awam, tetapi juga untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelangsungan sumber air negara.
Jabatan Meteorologi, METMalaysia juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Permulaan Monsun Barat Daya pada 7 Mei 2025 yang lalu.
Orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari METMalaysia.