fb fb fb fb fb

Undi awal, persiapan pusat mengundi di IPD SPU siap sepenuhnya - SPR

KEPALA BATAS, 7 Ogos- Persiapan pusat mengundi awal di Dewan Temenggung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) telah siap sepenuhnya.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihaknya kini hanya menunggu pagi esok untuk proses pengundian.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di dewan berkenaan mendapati pusat itu telah ditutup rapi sebagai langkah keselamatan.

Dewan Temenggung merupakan salah satu tempat bagi polis daerah SPU mengundi awal esok.

Empat lagi pusat mengundi melibatkan Balai Polis Tasek Gelugor, Balai Polis Sungai Dua, Balai Polis Butterworth dan Balai Polis Mak Mandin.

Sementara itu di Negeri Sembilan, persediaan menjelang undi awal Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) di Pangkalan Udara Sendayan berjalan lancar.

Persiapan pusat mengundi yang dilakukan di Dewan Angkasaraya Pangkalan itu bermula pukul 3.00 petang tadi dengan anggota terlibat seramai 20 orang. 

Segala persiapan yang dilakukan pihak Kem Sendayan itu adalah memastikan kelancaran pada hari undi awal esok. 

Di Kem Pangkalan Udara Sendayan, sebanyak tiga saluran dibuka dengan kira-kira 26 orang petugas termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan menjaga kawasan undi awal esok. 

Untuk jumlah keseluruhan pengundi awal di Pangkalan Udara Sendayan itu adalah seramai 1,156 anggota dan pasangan.


(Segala persiapan yang dilakukan pihak Kem Sendayan itu adalah memastikan kelancaran
pada hari undi awal esok)

Media Baharu