Hizbullah desak Lubnan batal pertemuan dengan Israel

Kesan serangan rejim Zionis ke atas Beirut/Foto REUTERS

BEIRUT, 14 April – Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem mendesak Lubnan supaya membatalkan satu pertemuan yang dirancang dengan Israel di Washington sambil mengulangi penolakan kumpulannya terhadap rundingan secara langsung bersama rejim Zionis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemimpin Hizbullah Naim Qassem menggesa Lubnan membatalkan pertemuan dirancang dengan Israel di Washington dan menolak rundingan langsung.
  • Duta Lubnan dan Israel ke Amerika dijadualkan bertemu untuk membincangkan kemungkinan rundingan langsung antara kedua negara.
  • Pihak berkuasa Lubnan mahu jaminan gencatan senjata sebelum rundingan, tetapi Israel menolak syarat itu.
  • Qassem kata rundingan sia sia; beliau tekankan rundingan memerlukan persetujuan rakyat. Serangan Zionis korban lebih 2,000 orang.

“Kami menolak rundingan dengan Israel. Kami menyeru pendirian ini dengan membatalkan pertemuan berkenaan,” kata Qassem dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Duta Lubnan dan Israel ke Amerika Syarikat dijadualkan bertemu di Washington pada Selasa untuk membincangkan kemungkinan mengadakan rundingan langsung antara kedua pihak.

Pihak berkuasa Lubnan menegaskan bahawa Beirut terlebih dahulu mahu memastikan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah, namun rejim Zionis menolak kemungkinan tersebut dan menyatakan ia lebih cenderung memberi tumpuan kepada rundingan damai rasmi dengan negara itu.

Qassem menegaskan rundingan itu sia-sia dan memerlukan persetujuan serta kesepakatan rakyat Lubnan.

Serangan rejim Zionis telah mengorbankan lebih 2,000 orang dan menyebabkan lebih daripada sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal. – AFP