KUALA LUMPUR, 25 November- Satu undang-undang baharu berkaitan nafkah serta jagaan ibu bapa sedang digubal Mahkamah syariah dalam menangani tuntutan melibatkan kebajikan ibu bapa uzur atau tidak berupaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ketika ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang melaksanakan semakan menyeluruh terhadap Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 termasuk menilai keperluan memperincikan peruntukan nafkah ibu bapa
Serta penyediaan draf melalui proses penelitian perundangan, libat urus bersama pihak berkepentingan dan semakan teknikal bagi memastikan ia menepati keperluan masyarakat dan prinsip syariah.
"Semakan ini turut membolehkan kerajaan menilai secara lebih menyeluruh sama ada peruntukan sedia ada sudah memadai atau terdapat keperluan untuk penelitian lanjut terhadap aspek-aspek berkaitan nafkah ibu bapa dalam undang-undang keluarga Islam.
"Pada masa ini penyediaan draf undang-undang tersebut sedang digerakkan secara aktif melalui proses penelitian perundangan, libat urus bersama pihak berkepentingan serta semakan teknikal bagi memastikan penggubalan tersebut benar-benar menepati keperluan masyarakat dan prinsip hukum syarak, " katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di parlimen bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Sr Gading, Aminolhuda Hassan