fb fb fb fb fb

Agong perkenan 13 akta diluluskan pada Sidang Parlimen lepas

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15

KUALA LUMPUR, 25 November - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan 13 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 21 Julai hingga 10 September lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Antara yang diperkenankan termasuk Akta pendaftaran negara pindaan 2025 dan Akta pendidikan pindaan 2025.

"Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025, Akta Pendidikan (Pindaan) 2025, Akta Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025, dan Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025.

"Turut diperkenankan adalah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025, Akta Racun (Pindaan) 2025, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025, Akta Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025, Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025, Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, serta Akta Pelesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Dalam pada itu, Tan Sri Johari menegaskan keperluan meningkatkan sokongan dan kefahaman masyarakat bagi menangani keganasan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Semalam, Tan Sri Johari menggalakkan semua Ahli Parlimen memakai pakaian atau aksesori berwarna oren semasa persidangan sebagai tanda solidariti bersempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita, yang disambut setiap 25 November.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI