fb fb fb fb fb

UMP catat 96% kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan

KUANTAN, 3 November- Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya melepasi 96 peratus kebolehpasaran graduan yang mendapat pekerjaan.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata peratusan tersebut merupakan yang ketiga tertinggi di Malaysia.

Menurutnya, bagi melahirkan graduan berdaya saing, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk menjalin kerjasama dengan pihak industri.

“Sejak majlis yang pertama pada tahun 2006, UMP telah melahirkan seramai 38,408 graduan termasuk 898 alumni luar negara dalam pelbagai lapangan pengajian sama ada peringkat prasiswazah mahupun pasca siswazah.

Kebolehpasaran graduan UMP berjaya melepasi 96 peratus iaitu ketiga tertinggi di Malaysia mendapat pekerjaan untuk tahun ini," kata Dr Yuserrie dalam sidang media memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvensyen ke-17 Universiti Malaysia Pahang yang bakal berlangsung pada 5 hingga 8 November ini, di UMP Kampus Gambang yang kini dikenali sebagai UMP Paya Besar.

Majlis konvokesyen itu nanti akan menyaksikan seramai 4,535 penuntut menamatkan pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma serta graduan pembelajaran sepanjang hayat.

Daripada jumlah tersebut, 90 orang adalah graduan Antarabangsa yang terdiri daripada 17 buah negara.

Sementara itu, dua graduan, Nurkhairiyah Hibatullah Md Rosley dan Willian Mah Wey Lian yang mengikuti program Dual Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian bakal menjadi antara penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis tersebut.

Lebih membanggakan apabila kedua-dua penerima telah berjaya mendapatkan pekerjaan.


(Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin)

Media Baharu