fb fb fb fb fb

Datuk Seri Shahidan pertahan kerusi Parlimen Arau sebagai calon PN

MARANG, 3 November- Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sah bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Nama beliau diumumkan secara mengejut oleh Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam majlis memperkenal calon PN di Rusila, Marang, Terengganu.

Datuk Seri Shahidan yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum tahun 1986, 1990, 2013 dan 2018.

(Datuk Seri Shahidan Kassim berucap selepas diumumkan akan bertanding
di Parlimen Arau atas tiket PN / Foto BERNAMA)

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar dari tahun 1995 hingga 2008.

Terdahulu, nama Datuk Seri Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan digugurkan BN di Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Media Baharu