fb fb fb fb fb

Lima kampung di Sik dan Pendang dilanda banjir kilat

SIK, 4 November- Hujan lebat sejak pukul 4.00 petang semalam menyebabkan lima buah kampung di Sik dan Pendang di Kedah dilanda banjir kilat.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, banjir di dua daerah tersebut menjejaskan 13 buah rumah penduduk.

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Jelas beliau, kawasan terjejas di Sik ialah Kampung Lentang, Kampung Surau dan Kampung Telaga Batu.

(Anggota APM memeriksa kediaman yang dinaiki air)

Manakala di Pendang hujan melebihi dua jam menyebabkan air melimpah ke jalan utama dan menjejaskan empat buah kediaman penduduk.

Tiga penduduk terjejas yang dilaporkan terperangkap di Kampung Tong Prok di Mukim Padang Kerbau berjaya dikeluarkan dan dipindahkan ke rumah saudara terdekat.

Banjir turut dilaporkan berlaku di Kampung Cina

Bagaimanapun, banjir dilaporkan surut pada pukul 10.00 malam.

Media Baharu