fb fb fb fb fb

40% hasil Sabah : Keputusan tidak rayu, tiada kaitan dengan PRU DUN

Telus dan adil kepada Sabah / Foto RTM

BANGI, 13 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah, tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum, (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

"Kerajaan menerima keputusan mahkamah berhubung peruntukan khas kepada Sabah, yang menyaksikan jumlahnya meningkat daripada RM125.6 juta pada tahun 2022 kepada RM600 juta, tahun ini.

"Tindakan itu, komitmen kerajaan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan adil kepada Sabah", katanya selepas merasmikan Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah, sebaliknya akan memulakan rundingan segera dengan kerajaan negeri.

FAUZIAH ABD RAHMAN