fb fb fb fb fb

Laluan kontra diaktifkan di Lebuhraya Elite, 17-20 November

Rancang perjalanan, patuhi papan tanda trafik / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 November – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), bermula 17 hingga 20 November ini.

Kenyataan PLUS memaklumkan pengaktifan laluan kontra antara Putrajaya dengan Bandar Saujana Putra dari kilometer (KM) 19.5 hingga KM18 bertujuan melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip air oleh kontraktor pihak ketiga.

Sehubungan dengan itu, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan sepanjang tempoh berkenaan dan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan petugas PLUS.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih, selain menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 untuk sebarang bantuan kecemasan.

FAUZIAH ABD RAHMAN