fb fb fb fb fb

Tengku Zafrul akhiri tugas sebagai Menteri MITI pada 2 Disember

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 November - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menamatkan tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkuat kuasa 2 Disember 2025 susulan tamat tempoh sebagai anggota Dewan Negara.

Ketika ditanya sama ada beliau akan terus kekal dalam kerajaan sebagai penasihat kanan, Tengku Datuk Seri Zafrul menjelaskan perkara itu bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bergantung kepada Perdana Menteri. Ketika ini belum ada perbincangan rasmi tetapi saya ada menyatakan kesediaan untuk terus membantu pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim".

"Malah, saya juga akan membantu proses peralihan yang diperlukan dengan Menteri MITI baharu yang bakal dilantik kelak," katanya pada sesi sidang media Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025, di Menara MITI.

Beliau menegaskan kesediaannya untuk terus membantu pentadbiran serta proses peralihan kepada menteri MITI baharu yang bakal dilantik kelak.

Tengku Datuk Seri Zafrul yang memegang portfolio Menteri MITI sejak 2022 , memainkan peranan penting dalam memperkukuh pelaburan strategik serta hubungan dagangan Malaysia di peringkat antarabangsa.

SITI SALWA BINTI YUSOP