SANGLANG, 1 Januari – Lebih 500 penduduk hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu 2026 di Sanglang, Kedah.
RINGKASAN BERITA AI
- Program sambutan melibatkan Pasukan Bomba Sukarela Parlimen Jerlun.
- Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz memberi sokongan kuat.
- Matlamat untuk tingkatkan penglibatan golongan muda dalam kesukarelawanan.
- Harapan program memperbanyak aktiviti kesukarelawanan melalui khidmat bomba.
- Seruan agar pelbagai lapisan masyarakat menyertai khidmat bomba sukarela.
Sambutan kali ini turut melibatkan penyertaan Pasukan Bomba Sukarela di sekitar Parlimen Jerlun.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz, ia turut menghimpunkan golongan muda khususnya dalam penglibatkan mereka dalam aktiviti kesukarelawanan dalam Pasukan Bomba Sukarela.
“Ini merupakan satu program yang dilaksanakan dengan harapan dapat memperbanyakkan lagi aktiviti kesukarelawanan melalui khidmat bomba kepada masyarakat.
“Kita menyeru agar khidmat bomba sukarela ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat,” katanya di sini.