fb fb fb fb fb

Dua kampung di Ulu Pauh dilanda banjir kilat

PAUH, 4 November- Hujan lebat sejak pukul 5.00 petang semalam mengakibatkan dua buah kampung di Ulu Pauh dilanda banjir kilat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud berkata, dua kampung tebabit ialah Kampung Lalang dan Kampung Felcra.

"Setakat pukul 1.00 pagi, paras air masih statik.

Limpahan air telah memasuki kediaman penduduk apabila hujan lebat petang semalam," katanya.

(Anggota APM memeriksa kediaman penduduk yang dinaiki air)

Bagaimanapun, sehingga kini tiada Pusat Permindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

Jelas beliau, sebahagian penduduk terjejas telah berpindah ke rumah saudara mara.

APM Perlis kini sedang memantau kawasan tumpuan banjir serta sungai-sungai utama berikutan hujan yang masih berlaku di seluruh negeri itu.

Media Baharu