BANGI, 13 November - Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam gelombang revolusi teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), digital dan tenaga baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun berkata, kemajuan berkenaan mesti berteraskan nilai dan moral Islam yang kukuh.
"Malaysia mesti menjadi hab semikonduktor dan perlu menguasai pengetahuan mengenai teknologi baharu.
"Sehubungan itu, institusi pendidikan disaran menyeimbangkan penguasaan ilmu moden dengan kekuatan akidah dan akhlak bagi melahirkan generasi berilmu dan berintegriti", katanya ketika berucap pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).