fb fb fb fb fb

UMNO Pusat tetap bersama UMNO Sabah - Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Januari- UMNO menyokong pelaksanaan segera Perjanjian Malaysia 1983 (MA63).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur, menjadikan kedudukan Sabah dan Sarawak lebih strategik sebagai kawasan membangun.

"UMNO berpendirian Sabah dan Sarawak adalah rakan politik strategik. Dengan itu, sebarang bentuk kerajaan Malaysia pada masa sekarang dan masa hadapan, UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan rakan-rakan politik dari wilayah berkenaan demi kestabilan Malaysia. Malah apa yang berlaku akhir-akhir ini di Sabah, saya ingin membuat penegasan bahawa UMNO Pusat akan tetap bersama dengan UMNO Sabah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan UMNO 2022 di ibu negara.


(UMNO menyokong pelaksanaan segera Perjanjian Malaysia 1983 (MA63)

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata rangkaian 5G perlu diperluas di kawasan luar bandar demi mewujudkan sistem komunikasi yang lebih holistik dan efisien.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sistem pendidikan negara perlu bergerak seiring perkembangan digital.

Ini merangkumi pendedahan maklumat yang lebih luas menerusi capaian internet yang lebih dinamik selain melahirkan pelajar berketerampilan seiring keperluan industri.

Media Baharu