fb fb fb fb fb

Program TVET bakal dilaksana secara besar-besaran

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Program Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) akan dilaksanakan secara besar-besaran.

Pelaksanaannya, mengambil kira kelompok miskin desa, separa bandar dan bandar.

Jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sinergi antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia perlu diperkasa bagi memastikan kebolehpasaran pelajar.

"Antara fokus perlu diberi perhatian adalah kita mahu melihat peluang pekerjaan, peluang perniagaan, latihan semula dan nilai tambah kemahiran, padanan pekerjaan sesuai dengan kelayakan mesti dilaksanakan segera. Ini memandangkan ramai graduan yang tidak memegang jawatan setara dengan kelayakan mereka. Kita juga mahu tumpuan turut diberikan kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan UMNO 2022 di ibu negara.


(Foto BERNAMA)

Dalam pada itu, perwakilan UMNO diberi kepercayaan untuk menentukan keperluan mempertandingankan jawatan utama presiden dan timbalan presiden.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO yakin ahlinya mampu menilai secara komprehensif bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Saya mendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama presiden dan timbalan presiden parti. Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan. Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya. Namun, saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata," katanya.

Media Baharu