fb fb fb fb fb

PM santuni penduduk Negeri Sembilan: Nikmati cendol, solat Jumaat bersama rakyat

AMPANGAN, 13 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni penduduk Negeri Sembilan.

Beliau berkesempatan menjamu selera di kedai Cendol Songkok Tinggi di Kampung Jiboi Baru, Seremban.

Ketibaan Datuk Seri Anwar kira-kira pukul 12.30 tengah hari disambut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Pengunjung kedai berkenaan tidak melepaskan peluang merakam foto bersama Perdana Menteri kesepuluh itu.

Pemilik kedai Cendol Songkok Tinggi turut teruja menerima kunjungan Anwar.

"Berbaur perasaan juga sangat terkejut sebab apa kami ada masa yang amat pendek untuk melakukan persiapan dan juga kami rasa amat berbesar hati kerana beliau sangguo datang ke Cendol Songkok Tinggi Seremban.

"Kami harap dia meneruskan usaha-usaha untuk membangunkan Malaysia secara kesuluruhannya dengan lebih berkesan lagi lepas pasca-COVID ini.

"Kita tahu satu dunia terkesan jadi kita amat berharap dia bantu semua untuk mendengar keluhan rakyat dan juga seterusnya membangunkan ekonomi negara kita secara keseluruhan," kata pengusaha Cendol Songkok Tinggi, Ahmad Dani Daud.

Anwar kemudian menunaikan Solat Jumaat di Masjid Dato Kelana Petra Mohd Yusof, Sikamat.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menjamu selera di kedai
Cendol Songkok Tinggi di Kampung Jiboi Baru, Seremban)

Media Baharu